Perbincangan ekonomi serantau mungkin sering tidak menarik minat rakyat Malaysia, namun perbincangan seumpamanya menjadi semakin penting ketika pertikaian dagangan AS dan China mengancam memperlahankan pertumbuhan ekonomi di negara lain seluruh dunia.

Ia merupakan salah satu topik perbincangan pada Persidangan Kementerian Segitiga Pertumbuhan Indonesia–Malaysia–Thailand (IMT-GT) yang dipengerusikan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Selepas Singapura, China dan AS, Malaysia merupakan negara kerjasama dagangan kedua dan ketiga terbesar, maka sebarang pertumbuhan perlahan dagangan di salah satu negara akan mempengaruhi ekonomi Malaysia.

"Dalam perjumpaan yang diadakan, para menteri bersetuju bahawa perang dagangan hanya menekankan perlunya kerjasama serantau, kerana ia akan meningkatkan peuang dalam rantau ini," kata pegawai kanan kerajaan yang menghadiri perjumpaan itu yang diadakan di Melaka pada 29 Sept hingga 1 Okt lalu.

Azmin berkata, pertumbuhan tiga negara - Indonesia, Malaysia dan Singapura - yang melibatkan 82 juta rakyat dan 40 juta tenaga kerja, merupakan pasaran yang besar untuk pertumbuhan ekonomi di rantau ini.

"IMT-GT komited untuk membina projek infrastruktur AS$47 bilion melibatkan tiga negara, yang dijangka siap pada 2021," katanya dalam kenyataan hari ini.

IMT-GT diasaskan pada 1993 antara perdana menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Thailand, Chuan Leekpai dan Presiden Indonesia Suharto.

Ia ditubuhkan bagi menggalakkan kerjasama antara tiga negara untuk meningkatkan pertumbuhan dalam pelbagai industri di negeri dan wilayah yang dipilih.

Di Malaysia, lapan negeri terlibat (Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Pulau Pinang, dan Selangor) berhasil mendapat mendapat manfaat daripada program IMT-GT, sehingga mencatat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dari AS$283 bilion pada 2011 hingga AS$406 bilion pada 2016.

"bagaimanapun, konsensus umum para menteri adalah agar pertumbuhan KDNK sahaja tidak boleh dianggap kejayaan sekiranya ia tidak diterjemahkan kepada manfaat sebenar untuk rakyat," katanya.

[Baca berita penuh]