Warga Syria yang tinggal di KLIA2 direman 14 hari, kata laporan
Warga Syria, Hassan Al-Kontar (atas), yang ditahan selepas tinggal di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) selama tujuh bulan, telah direman selama 14 hari, menurut satu laporan berita.
Laporan oleh Malay Mail memetik Ketua Polis Daerah KLIA, ACP Zulkifli Adamshah mengesahkan perkara ini.
Semalam, Bernama melaporkan lelaki warga Syria itu didakwa tinggal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sejak Mac lepas ditahan polis, semalam.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali yang mengesahkan penahanan itu berkata pihaknya akan mengambil alih kes itu selepas siasatan yang dijalankan polis selesai.
Beliau berkata jabatan itu akan bekerjasama dengan kedutaan Syria untuk membolehkan lelaki itu dihantar pulang atau keluar dari Malaysia selepas ini.
"Lelaki itu ditahan polis semalam kerana berada di kawasan larangan lapangan terbang tanpa boarding pass (pas menaiki penerbangan).

