Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lim: Undi Melayu tak membimbangkan seperti disangka

Walaupun berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum 9 Mei lalu, Pakatan Harapan masih bimbang terhadap perpecahan undi Melayu antara parti pemerintah, Umno dan PAS.

PKR, parti terbesar dalam HARAPAN, menang besar kerana mereka bertanding di kawasan campuran.

BERSATU dan AMANAH yang bertanding di kawasan majoriti Melayu pula dilihat masih tidak mendapat sokongan padu.

Bagaimanapun, mengimbau pengalamannya ketika menjadi ketua menteri Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng percaya perkara itu tidaklah membimbangkan seperti disangka.

“Sudah tentu kita mahu menambah sokongan di kalangan orang Melayu selain seluruh rakyat Malaysia, tetapi orang Melayu terima kerajaan baru ini.

“Mereka lihat kerajaan ini sebagai sebahagian daripada janji-janji Merdeka, yang memberi peluang adil kepada semua orang,” kata Lim dalam wawancara dengan Malaysiakini.

Lim, kini menteri kewangan, berkata ketika gabungan lama Pakatan Rakyat berkuasa di Pulau Pinang, mereka hanya mendapat 30 peratus undi Melayu.

Bagaimanapun kini, katanya, jumlah sokongan telah meningkat kepada antara 45 hingga 50 peratus.

“Kita malah menang di kerusi Umno yang kamu tidak fikir pun boleh menang,” kata Lim.

Katanya, selagi kerajaan baru dapat membuktikan dapat membangunkan negara ini, orang ramai akan terus menyokongnya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS