Prosedur perundangan terhadap Datin Seri Rosmah Mansor,  isteri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dibuat mengikut undang-undang, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Apa yang kita lakukan adalah mengikut undang-undang. Tiada siapa yang melebihi undang-undang.

"Jadi, jika ada sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang, maka proses perundangan akan dijalankn - itulah janji kita," katanya sambil menambaha bahawa tidak ada niat untuk berdendam dan apa jua seumpamanya.

Merujuk kepada dakwaan oleh anak perempuan Rosmah, Nooryana Najwa Najib, bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agak melampau bertindak menangkap ibunya, Dr Mahathir berkata tindakan itu dibuat tanpa niat dendam.

"Jika ia bertentangan dengan undang-undang, proses perundangan akan dijalankan, itu janji kita dan tidak ada niat untuk berdendam dan apa jua seumpamanya," lapor Bernama.

"Undang-undang menyebut (bahawa) jika anda mencuri wang, anda akan didakwa di mahkamah. Sama ada mahkamah bersetuju atau tidak, itu perkara lain,” katanya kepada pemberita selepas melrasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Asean mengenai Pengurusan Bencana kali keenam dan mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan di Putajaya  hari ini.

Nooryana Najwa, dalam hantaran Instagram semalam, berkata beliau boleh menerima hakikat tindakan ke atas bapanya Najib, tetapi penangkapan ibunya dan penggeledahan rumah neneknya Tun Rahah Mohammad Noah adalah keterlaluan.

Pagi ini, Rosmah mengaku tidak bersalah terhadap 12 tuduhan berhubung pengubahan wang haram hampir RM7 juta, 5 tuduhan gagal buat penyata tuntutan kepada LHD

[Baca berita penuh]