Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MIC takut hilang deposit tak tanding Port Dickson - Pemimpin PKR

PRK PD | Naib Pengerusi PKR Melaka, G Rajendran mendakwa MIC tarik diri daripada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson (PD) kerana takut hilang deposit.

"Ini kerana, pengundi-pengundi India di parlimen Port Dickson masih tidak sedia menerima MIC, walaupun parti tersebut tewas teruk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14 ) yang lalu.

"Kami di sini (Port Dickson) sejak hari pertama kempen. Rata-rata apa yang saya boleh fahami adalah kemarahan pengundi India di Port Dickson masih sangat dalam. Mereka tidak sedia maafkan parti tersebut," kata kepada pemberita di Linggi, Port Dickson.

Tambahnya, beberapa pemimpin-pemimpin MIC kini mula beralih ke PKR.

Menyentuh satu insiden, baru-baru ini, di DUN Linggi, Rajendran berkata beliau terkejut apabila seorang pengundi salah faham menghalang beliau berkempen ke rumahnya kerana menyangka dirinya sebagai anggota MIC.

Umno undur diri

"Apabila, kami ke rumah beliau berkempen kepadanya, beliau terus marah kepada kami supaya orang MIC jangan masuk rumah saya. Namun, beliau membenarkan kami masuk selepas kami memberitahu datang daripada PKR.

"Lebih mengejutkan lagi, secara am, di mana sahaja kami berkempen, sebaik sahaja kami berbual pasal MIC, mereka terus memaki-hamun MIC.

"Ini satu petanda jelas bahawa MIC akan kalah teruk dan saya boleh pastikan tentunya akan hilang deposit tanpa bantuan Umno yang turut tarik diri daripada PRK ini," dakwa beliau.

Untuk rekod, Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran berkata bahawa partinya tidak akan mengambil bahagian dalam PRK PD, selepas tidak puas hati dengan tindakan Umno yang menyatakan hasrat bertanding di PD tanpa berbincang parti komponen BN yang lain.

Namun, Umno turut mengundur diri daripada bertanding,menegaskan proses memperbaharui parti adalah lebih penting berbanding meletakkan calon bagi PRK Port Dickson.

Parlimen Port Dickson merupakan kerusi tradisi MIC yang ditanding sejak tahun 1974.

Lihat Komen
ADS