Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kerajaan mahu elak tanggapan beri 'wahyu' pada media
Diterbitkan:  Oct 4, 2018 5:55 PM
Dikemaskini: 9:57 AM

Kerajaan meletakkan usaha pembentukan Majlis Media di tangan agensi media sendiri bagi mengelakkan tanggapan pihak berkuasa mahu memberikan 'wahyu' (arahan) terhadap pemain industri itu.

“Memang kerajaan mahukan pembentukan (Majlis Media Malaysia) secepat mungkin, tetapi kerajaan tidak akan tubuhkan.

“Terpulang kepada anda untuk tubuhkan atau sebaliknya kerana kita tidak mahu wujud persepsi bahawa kerajaan terbabit dalam memberikan sebarang ‘wahyu’,” penasihat khas media perdana menteri Datuk A Kadir Jasin dipetik sebagai berkata.

Bercakap dalam forum kebebasan media di Kajang hari ini, Kadir berkata kerajaan sedia memberikan peruntukan kuasa undang-undang terhadap pembentukan Majlis Media dengan urusan pembiayaan dikawal selia parlimen.

Ia, kata bekas ketua pengarang Kumpulan NSTP itu, bagi memastikan pengurusan hal ehwal berita tidak dipengaruhi ‘tangan ghaib’, lapor Berita Harian.

Katanya, kerajaan baru menetapkan dasar untuk melihat agensi media bebas menentukan hala tuju, selain menerapkan pendekatan pendidikan dan kawalan kendiri.

Lihat Komen
ADS