Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Rosmah didakwa cuba ganggu saksi: 'Orang itu Halim Saad'
Diterbitkan:  Oct 4, 2018 9:52 PM
Dikemaskini: Oct 5, 2018 2:58 PM

Bekas pengerusi Renong, Tan Sri Halim Saad ialah saksi yang didakwa cuba didekati Datin Seri Rosmah Mansor, dedah prosiding mahkamah pada hari ini.

Ia berlaku apabila pendakwa raya khas, Datuk Seri Gopal Sri Ram menyerahkan suatu laporan polis kepada hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Azura Alwi.

Pendakwaan menyebut pada masa lalu, isteri kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu pernah cuba untuk mengganggu saksi.

Walaupun Sri Ram tidak menyebut nama bekas pengerusi Renong itu tetapi pasukan peguam bela Rosmah yang diketuai K Kumaraendran dan Geethan Ram Vincent bertanya kaitan Halim dalam kes ini.

Pasukan pembelaan mengatakan laporan polis itu tidak dibuat Sri Ram tetapi oleh pegawai SPRM.

Sebelumnya, pendakwa raya khas itu meminta mahkamah menolak permohonan ikat jamin Rosmah dalam kes pertuduhan pengubahan wang haram dan mendakwa beliau ada kecenderungan untuk mengganggu saksi.

Perintah larangan cuba dekati saksi

Susulan itu Sri Ram yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan telah menyerahkan suatu laporan polis yang dibuat pada Jumaat lalu bagi membuktikan penghujahannya.

Beliau berkata jika ikat jamin dibenarkan, mahkamah perlu mengenakan bayaran sebanyak RM10 juta dengan syarat-syarat tertentu.

Hakim Mahkamah Sesyen Azura seterusnya membenarkan ikat jamin RM2 juta dengan dua penjamin serta Rosmah perlu menyerahkan passportnya dan perintah larangan beliau mendekati atau cuba mengganggu saksi-saksi berpotensi.

Hari ini, Rosmah meminta dibicarakan terhadap 17 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7.1 juta.

Para peguam Rosmah membantah Sri Ram membawakan isu gangguan terhadap saksi itu.

Lihat Komen
ADS