Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
DHPP: Pengundi India bukan 'deposit tetap' HARAPAN

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menolak tanggapan bahawa pengundi India di Port Dickson adalah 'deposit tetap' Pakatan Harapan.

Menurut dewan itu, masih ramai pengundi di parlimen itu yang tidak sehaluan dengan kepimpinan HARAPAN yang didakwanya tidak banyak berbeza dengan kerajaan BN terdahulu.

"Walaupun kami (DHPP) belum lagi memulakan kempen kepada pengundi India di Port Dickson, kami masih bertemu dengan mereka dalam kumpulan kecil untuk mendapatkan maklum balas mereka tentang pelbagai perkara, termasuk sokongan kepada Pakatan Harapan.

"Dan, kami dapati masih ada yang tidak sehaluan dan mendakwa pimpinan Pakatan Harapan tidak banyak berbeza dengan BN," kata Pengarah Pilihan Raya DHPP S Barathidasan.

Katanya, ada pihak tidak puas hati keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding menggantikan bekas penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah.

"Mereka juga merungut bahawa setiap kali Anwar berceramah, beliau cakap pasal isu-isu yang berlakunya kepadanya sahaja. Ia tidak memberi manfaat kepada pengundi.

“Ini adalah beberapa perkara yang kami mendapati bukan semua pengundi India sokong penuh Anwar Ibrahim," katanya kepada Malaysiakini.

Pilihan raya kecil itu akan diadakan pada 13 Oktober ini, susulan Danyal meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar yang juga presiden PKR.

Selain, Anwar, Calon PAS, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar, bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad serta empat calon bebas termasuk bekas pembantu peribadi Anwar Saiful Bukhari Azlan turut berentap.

Tiga lagi calon bebas adalah Lau Seck Yan, Stevie Chan Keng Leong dan Kan Chee Yuen. Sebanyak 75,212 pengundi layak mengundi.

Lihat Komen
ADS