Dzulkifly Fadzilah pengerusi baru PNS mulai 15 Oktober
Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Dzulkifli Fadzilah sebagai pengerusi baru Perbadanan Nasional Berhad (PNS) berkuatkuasa 15 Oktober ini.
Beliau bakal menggantikan Datuk Seri Syed Ali bin Syed Abbas Al-Habshee.
Menurut PMO, Dzulkifli mempunyai ijazah perakauanan dari Universiti California dan sarjana kewangan dari Universiti Golden Gate, San Francisco, Amerika Syarikat.
"Beliau pernah memegang jawatan ketua pengawai eksekutif di Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dari tahun 2011 hingga ke 2017.
"Dan merupakan ahli jawatankuasa Skim Penyelesaian Hutang Kecil di Bank Negara Malaysia," maklum PMO dalam suatu kenyataan hari ini.
Terdahulu, Syed Ali yang merupakan ketua Umno Bahagian Cheras dan setiausaha Umno Wilayah Persekutuan mengumumkan keluar dari parti itu pada 24 September lalu.

