Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jangan marah pada Tony Fernandes kerana sokongan kepada Najib - Anwar

PRK PD | Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan bos AirAsia Tan Sri Tony Fernandes yang telah menjadi sasaran rakyat Malaysia ketika dia melukis sebuah pesawatnya dengan warna biru-BN sebelum pilihan raya umum pada 9 Mei.

Anwar memberitahu pengundi bahawa mereka tidak seharusnya marah pada Fernandes berbuat demikain kerana dia hanya buat apa yang baik untuk perniagaan

"Orang ramai tahu Tony Fernandes, beliau pernah menyokong perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. Ia ok, dia (hanya) seorang ahli perniagaan," katanya dalam ceramah di Linggi yang dihadiri oleh 350 orang malam tadi.

Berucap kepada hadirin, Anwar memuji ketajaman Fernandes dalam bidang perniagaan Fernandes tetapi menambah bahawa dia tidak begitu bagus dengan politik.

"Saya memberitahu anda bahawa lain kali anda dengar cakap 'big brother', anda hanya fokus kepada perniagaan anda, serahkan politik kepada saya.

"Jangan marahkan (beliau) kerana kepakarannya ialah perniagaan yang mampu menaikkan AirAsia sebagai syarikat penerbangan paling terkenal di dunia," katanya.

Pada 13 Mei, Tony mengeluarkan permohonan maaf kerana membawa Perdana Menteri Najib Abdul Razak menaiki penerbangan bertemakan BN.

Kenyataannya dibuat sehari selepas Fernandes mengumumkan bahawa syarikat penerbangannya akan mempromosikan Port Dickson sebagai destinasi pelancongan.

Dalam satu catatan di akaun LinkedInnya pada hari Rabu, ketua pegawai eksekutif AirAsia itu menyifatkan Port Dickson sebagai "raw diamond" dan berkata syarikatnya mahu menjadikannya sebagai destinasi transit untuk penumpang, sama seperti apa yang dilakukan Emirates terhadap Dubai.

"Persekitaran (Port Dickson) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menjadikannya berpotensi unuk menjadi Jumeirah Beach (Dubai) di Malaysia terutamanya untuk penumpang transit.

"Melihat bahawa kami membawa lebih ramai penumpang daripada Emirates yang telah menjadikan Dubai sebagai destinasi persinggahan yang berjaya, kami mahu melakukan perkara yang sama dengan Port Dickson.

"Peranan itu yang akan dimainkannya untuk meningkatkan masyarakat tempatan melalui kesan pengganda pelancongan akan menjadi besar," katanya.

Fernandes telah, berikutan kekalahan BN pada pilihan raya umum ke-14, mengeluarkan video permohonan maaf kerana menerbangkan Najib dalam penerbangan bertema BN, termasuk pesawat AirAsia berwarna biru dan pramugari berpakaian biru, dan bukan pakaian merah seperti selalunya.

Dia menjelaskan bahawa ia ekoran tekanan dari kerajaan sebelumnya selepas syarikat penerbangannya menyediakan tiket murah pada hari pilihan raya umum 9 Mei.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS