Anak lelaki ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, yang juga seorang anggota Majlis Tertinggi Umno, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tengah hari semalam dibebaskan setelah selesai memberi keterangan.

Sumber SPRM berkata lelaki berusia 24 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan tetap dibebaskan kira-kira 2.00 pagi ini.

Lelaki itu ditahan kira-kira 12 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di sini bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan projek kerajaan bernilai jutaan ringgit.

Lelaki itu adalah individu kelima ditahan SPRM sejak 26 Sept lepas bagi membantu siasatan kes sama.

- Bernama