Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Derma AS$2-3 bilion tak sampai ke Palestin - Menteri Jordan

Umat Islam disarankan menyalurkan sumbangan dan derma untuk rakyat Palestin melalui saluran yang diakui sah berikutan dianggarkan antara US$2 bilion hingga US$3 bilion sumbangan pelbagai pihak dari seluruh dunia tidak diterima oleh pihak yang disasarkan di Palestin.

Menurut Menteri Waqaf dan Hal Ehwal Islam Jordan, Prof Dr Abdelnaser Abu Al Basal, pihak berkuasa Israel hanya mengiktiraf tiga pihak untuk menerima sumbangan itu.

Katanya, tiga pihak itu ialah Tabung Yayasan Kebajikan Hashimiah untuk pengimarahan Masjid Al-Aqsa dan Masjid Dome of the Rock; Jabatan Haiah Hashimiah untuk kebajikan masyarakat Gaza.

Selain itu ialah Kementerian Wakaf, Kedutaan Jordan dan Kedutaan Palestin.

"Kita hanya menerima kira-kira US$5 juta sahaja daripada US$2-3 bilion yang disumbangkan oleh masyarakat antarabangsa itu," katanya di Amman, Jordan tanpa menyatakan sejak bila ini berlaku.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang Dipertua MAIPs menyampaikan sumbangan rakyat Perlis berjumlah RM60,000 yang dikumpul pada setiap solat Jumaat di masjid-masjid seluruh negeri sejak Februari lalu untuk membaik pulih dan mengimarahkan masjid Al Aqsa manakala RM60,000 lagi untuk kebajikan penduduk di Semenanjung Gaza.

Turut hadir Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor.

Menurut Abdelnaser, kementeriannya menggaji lebih 900 orang untuk menjaga Al Quds bagi menguruskan kebajikan rakyat Palestin.

Beliau berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang banyak memberi sokongan kewangan dan moral kepada rakyat Palestin.

- Bernama

Lihat Komen
ADS