Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Anwar, Azizah bersama orang PD saksikan konsert pantai

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan calon HARAPAN Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke konsert di pantai peranginan Port Dickson malam tadi.

Konsert itu anjuran Pertubuhan Khidmat Kebajikan Masyarakat Madani (Madani), Anwar Ibrahim Club (AIC) dan Muafakat Anak Muda.

Majlis persembahan itu membariskan artis ternama tanah air termasuklah Datuk Hattan, Datuk M Nasir dan Datuk Awie.

Persembahan mereka menarik kehadiran sekitar 2,000 penonton yang kelihatan terhibur. Kedua-dua Wan Azizah dan Anwar Ibrahim membuat ucapan ringkas.

"Ini Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dia calon nombor satu! Pangkah nombor satu pada hari pilihanraya kecil untuk sokong dia," kata Azizah.

Anwar pula menyapa penonton yang bersorak,"nama saya Anwar Ibrahim. Saya rasa seperti telah menjadi ahli keluarga Port Dickson. Saya rasa diterima di sini."

Seterusnya, beliau mengumumkan kehadiran Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berkempen pada Isnin ini.

Sementara itu, PAS pula menganjurkan hari keluarga di Kampung Baharu, Port Dickson.

Majlis yang diberi nama "Karnival Pd sejahtera" itu menarik kehadiran sekitar 300 penyokong PAS.

Hadiah cabutan bertuah seperti perkakas rumah dan dapur diberikan kepada mereka yang bernasib baik.

Hadiah utama berupa televisyen LCD 32 inci.

Majlis itu juga menawarkan pemeriksaan kesihatan, persembahan artis dan pemuzik, pemberian ais krim percuma.

Calon PAS Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar, turut hadir dan berkongsi khabar gembira menimang cucunya yang kesepuluh.

Lihat Komen
ADS