Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Minggu ke-3: Rafizi pintas Azmin di depan
Diterbitkan:  Oct 7, 2018 8:49 PM
Dikemaskini: 1:21 PM

PEMILIHAN PKR |  Rafizi Ramli mendahului pesaingnya Datuk Seri Mohamed Azmin dalam pertandingan merebut jawatan nombor dua parti itu pada minggu ketiga pemilihan PKR yang sedang berlangsung.

Rafizi berada di kedudukan hadapan dengan hanya 48 undi. Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk menamakan pemenang kerana sekitar 75 peratus pemilih yang layak masih lagi belum mengundi.

Pada penghujung minggu ini, Rafizi berjaya merapatkan jurang saingan di antara dirinya dan Azmin dengan mendapat kemenangan tipis di Kelantan dan Pahang sepanjang dua hari lalu serta di Wilayah Persekutuan pada hari ini.

Jumaat lalu, Rafizi menang selesa di Terengganu dengan majoriti 289 undi. Bekas MP Pandan itu memperolehi 5,211 undi manakala menteri hal ehwal ekonomi mendapat 4,922 undi.

Bagi persaingan naib presiden PKR, pendahulu saingan berdasarkan undi yang diperolehi ialah Nurul Izzah Anwar, Zuraida Kamaruddin, Tian Chua and Shamsul Iskandar Md Akin.

Terdapat 10 calon naib presiden tetapi hanya empat teratas yang akan dipilih.

Pemilihan PKR akan diteruskan pada lima lagi penghujung minggu sehingga 10 November hadapan.

Lihat Komen
ADS