Aziz Bari: Niat SPR baik, tapi...
Larangan berkempen pada waktu bekerja terhadap anggota kabinet dan ahli politik yang memegang jawatan dalam kerajaan boleh mengundang banyak persoalan, kata Dr Abdul Aziz Bari.
Exco pendidikan, teknologi, sains dan alam sekitar Perak berkata orang politik, termasuk perdana menteri, menteri dan exco bukan kakitangan awam
“Dengan itu fungsi dan peranan mereka berbeza. Kedua, masa bekerja mereka juga tidak sama.
“Orang politik tidak tertakluk kepada jadual 8 pagi hingga 5 petang. Orang politik kerja 24 jam termasuk hujung minggu dan hari cuti am,” katanya bekas pensyarah undang-undang itu.
Baca: Anggota kabinet tak boleh kempen waktu kerja - SPR
Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun semalam mengingatkan anggota kabinet dan ahli politik yang memegang jawatan kerajaan tidak berkempen dalam waktu bekerja pada pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson.
Menyifatkan tindakan itu sebagai penyalahgunaan masa bekerja. Azhar berkata angggota kabinet harus peka perbezaan antara tugas mereka sebagai anggota pentadbiran kerajaan dan sebagai anggota ataupun pemimpin parti.
Dalam kenyataan kepada Malaysiakini, mencadangkan satu bengkel diadakan selepas PRK bagi membincangkan isu yang telah begitu luas diperkatakan itu.

