Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Anwar lancar 'Asian Renaissance' versi Tamil di PD

Buku Asian Renaissance yang ditulis oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi menteri kewangan pada 1998, kini diterjemahkan dalam bahawa Tamil selepas 20 tahun.

Ia dilancarkan semalam di kempen pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson (PD), yang ditandingi Anwar sebagai calon Pakatan Harapan.

Penasihat Undang-Undang Penerbit Tamil Malar Saraswathy Kandasamy berkata, versi Tamil buku itu sebenarnya telah lama diterjemahkan, juga 20 tahun lalu, oleh mendiang Athi Kumanan, ketika itu ketua pengarang akhbar Malaysia Nanban.

"Namun, ia tidak dapat dilancarkan ketika itu. Kami cuba melancarkan pada September 1998, tetapi Datuk Seri Anwar dipenjarakan.

“Kami cuba sekali lagi pada tahun 2013, sekali lagi ditahan.

“Usaha untuk dilancarkan pada 29 September yang lalu terbantut lagi kerana hari penamaan calon.

“Akhirnya hari ini kami berjaya di sini selepas 20 tahun," katanya di Majlis Malam Kebudayaan di Dewan Orang Ramai, Ladang Siliau, Bagan Pinang.

Menyifatkan acara semalam sebagai prapelancaran, Saraswathy berkata pelancaran rasmi besar-besaran akan diadakan selepas PRK ini.

"Pelancaran rasmi akan dibuat oleh Pengarah Urusan Penerbitan Tamil Malar Datuk M Periyasamy bersama Pengerusi akhbar Tamil Malar OMS P Thiagarajan," tambah beliau.

Beliau juga menyatakan kesedihannya kerana ia dilancarkan ketika penterjemahnya tiada lagi. Athi meninggal dunia pada tahun 2005.

Terdahulu, Anwar melancarkan buku itu di hadapan lebih 500 hadirin.

"Saya gembira selepas bukunya dilancarkan selepas 20 tahun," katanya secara ringkas kepada pemberita.

Saraswathy turut mendedahkan usaha mereka untuk menyiarkan terjemahan itu dalam akhbar Tamil Malar “disekat oleh kerajaan terdahulu, walaupun mendapat sambutan luar biasa pembaca”.

Karya itu menghuraikan gelombang kebangkitan atau nahdah Asia yang mendapat rangsangan daripada ketangkasan ekonomi yang mengimbangi dan mula mencabar dominasi ekonomi barat.

Lihat Komen
ADS