Pekerja pula demo 'selamatkan Lynas'
Diterbitkan: Oct 8, 2018 2:26 PM | Dikemas kini: Oct 8, 2018 2:28 PM
Sebelum pembentukan kerajaan baru, biasanya kumpulan aktivis hijau yang berdemonstrasi menuntut penutupan Lynas, kilang pemprosesan nadir bumi di Kuantan.
Bagaimanapun, semalam, keadaan berbeza disaksikan semalam apabila pekerja-pekerja kilang itu berdemonstrasi di Pantai Balok, tidak jauh dari tempat kerja mereka.
Mereka berharap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyelamatkan periuk nasi mereka, jika syarikat itu ditutup.
Berbaju merah, mereka antaranya mempamerkan kain rentang bertulis “Lynas selamat” dan “selamatkan kerja kami”.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.