Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Saya akan buka semula siasatan kes bunuh kalau saya PM'
Diterbitkan:  Oct 8, 2018 2:50 PM
Dikemaskini: 7:23 AM

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata beliau akan membuka semula siasatan ke atas kes-kes kematian berprofil tinggi seperti kes Altantuya Shaariibuu, Kevin Morais, Hussain Najadi, Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed sekiranya dirinya adalah perdana menteri.

Lim berkata demikian mengulas saranan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak agar beliau menggesa perdana menteri membuka semula siasatan terhadap beberapa kes pembunuhan berprofil tinggi.

"Bagaimanapun, saya bukan perdana menteri.

"Pendirian saya jelas tetapi (Tun) Dr Mahathir Mohamad selaku perdana menteri Malaysia yang membuat keputusan yang relevan," katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Lim juga menyifatkannya adalah 'biadap' bagi Najib untuk mencabarnya menggesa Mahathir membuka semula siasatan ke atas kes-kes kematian tersebut.

Anggota Parlimen Iskandar Puteri juga berkata beliau yakim sekiranya referendum diadakan, rakyat Malaysia akan meminta siasatan ke atas pembunuhan Altantunya dibuka semula.

"Begitu juga dengan kematian misteri lain, sama ada Kevin Morais, Hussein Najadi atau juga Teoh Beng Hock," katanya.

Menurut Lim, bekas perdana menteri itu sepatutnya menjadi "orang terakhir" yang layak untuk bercakap mengenai keadilan melainkan beliau bersedia menjadi saksi pertama dalam siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negaa (PAC) berhubung skandal 1MDB.

Lim juga mencabar Najib menggesa ahli perniagaan Jho Low memberikan keterangan mengenai skandal 1MDB, selain mendedahkan jumlah pertemuan dengan jutawan itu di luar negara.

Selain itu, katanya, Njaib juga perlu menjelaskan mengapa beliau tidak menyaman penulis buku "The Sarawak Report – The Inside Story of The 1MBD Expose" dan "Billion Dollar Whale,

Lim berkata dalam Bab 37 'Sarawak Report', pengarang Clare Rewcastle Brown mendakwa dana untuk Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) sebahagiannya bertujuan untuk membayar hutang 1MDB.

Ketika tuduhan itu dibuat, Najib masih merupakan perdana menteri.

Lim juga merujuk satu halaman dalam "Billion Dollar Whale" yang mendakwa Najib memenangi pilihan raya umum 2013 dengan menggunakan wang haram daripada 1MBD.

"Rakyat Malaysia benar-benar ingin tahu mengapa dia tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pengarang kedua-dua buku mengenai skandal 1MDB ini," kata Lim.

Lihat Komen
ADS