National Feedlot Corporation Sdn Bhd dan empat yang lain hari ini gagal memasukkan semula permohonan untuk menuntut ganti rugi khas sebanyak RM1 bilion terhadap Public Bank.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum sebulat suara menolak untuk memberi kebenaran kepada NFC dan perayu lain yang membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak tuntutan ganti rugi khas yang dibuat tahun lalu, lima tahun selepas saman itu difailkan.

"Para hakim berpuas hati bahawa Seksyen 3 dan 67 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 sudah diselesaikan.

"Kami tolak rayuan itu dan beri kos sebanyak RM20,000 kepada responden (Public Bank)." katanya.

Hakim lain yang bersidang sama adalah Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ramly Ali dan Datuk Seri Balia Yusof Wahi.

NFC, bersama pengerusinya Datuk Seri Mohd Salleh Ismail dan tiga anak syarikatnya - National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Real Food Company Sdn Bhd - telah memfailkan saman terhadap Public Bank kerana didakwa melanggar kontrak dalam melindungi kerahsiaan akaun bank mereka.

Plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan hukuman yang setimpanya.

[Baca berita penuh]