Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

PRK PD | Pilihan raya kecil ini akan memberi gambaran corak pengundian tentera yang membentuk sekitar 10 peratus pengundi dalam keadaan BN sudah tidak lagi berkuasa.

Di kawasan parlimen ini, terdapat 6,690 pengundi tentera dan 578 pengundi polis. Mereka akan mengundi hari ini dalam pengundian awal pilihan raya kecil Port Dickson.

Sejarah mencatatkan pasukan tentera ditanggapi sebagai 'deposit tetap' BN dan pilihan raya umum 9 Mei menunjukkan anggota keselamatan itu, paling kurang hanya di Port Dickson tidak menyokong Pakatan Harapan.

Ketika PRU14, BN mendapat 51 peratus undi pos dan undi awal di Port Dickson, diikuti dengan PAS (27 peratus) dan HARAPAN (19 peratus).

Sebahagian besar undi tentera terkumpul di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), yang mana BN mendapat sebanyak 1,619 undi iaitu tiga kali ganda daripada HARAPAN (586).

Di pusat pengundian ini, PAS memperolehi (1,027 undi) dua kali ganda daripada undi PKR.

Kini BN pembangkang

Tetapi kini BN menjadi pembangkang dan gabungan itu tidak bertanding dalam pilihan raya kecil kali ini. Justeru PRK PD menjadi medan menguji kecenderungan corak pengundian tentera untuk menyokong kerajaan yang memerintah hari ini.

Tinjauan pendapat anggota tentera di Port Dickson mendedahkan kebanyakan mereka berkata akan menyokong atau mungkin akan mengundi calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, tiada anggota yang diwawancarai menyatakan keperluan untuk menyokong kerajaan yang memerintah pada hari ini.

Seorang koperal berumus 33 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Yeop berkata beliau telah tiga kali mengundi BN di Port Dickson.

Kali ini, dia belum membuat keputusan lagi, walaupun berkata cenderung menyokong PAS kerana parti itu meletakkan bekas anggota tentera, Mohd Nazari Mokhtar.

"Betul, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin buat salah, tetapi manusia buat silap. Polisi kebajikan beliau untuk anggota tentera agak baik," katanya.

Yeop juga percaya calon HARAPAN membuat dua kesalahan, yang pertama mengadakan PRK yang disifatkannya sebagai pembaziran dan kedua hadir di majlis istiadat penganugerahan pingat pada 3 Oktober lalu manakala calon lain tidak mendapat peluang yang sama.

"Beliau tak patut datang ke si sini sebab bukan anak tempatan. Calon anak tempatan (Tan Sri) Mohd Isa Samad, tapi saya tak mahukan beliau juga," katanya.

Seorang anggota tentera yang hanya mahu dikenali sebagai Fitri, 35 tahun berkata dia menyokong HARAPAN ketika PRU14 lalu dan akan sekali lagi berbuat demikian.

"Saya sokong HARAPAN pada pilihan raya umum lalu selepas mendapti ada sesuatu yang tidak kena pada pentadbiran dulu," kata anggota daripada Kem Tentera Si Rusa itu.

'Anwar mampu jaga kebajikan tentera'

Sementara itu, Rosli seorang sarjan tenera berusia 42 tahun berkata dia mengundi HARAPAN pada 9 Mei lalu kerana tidak menyukai isteri perdana menteri ketika itu, Rosmah Mansor.

Dia percaya Anwar akan menjaga kebajikan tentera dan calon lain tidak akan mampu membantu jika terpilih.

"Tak guna saya undi PAS sebab parti itu tak mampu nak membawa pembangunan ke Port Dickson," katanya.

Richard, seorang staff sarjan berusia 47 tahun berkata dia tidak pasti mahu menyokong calon mana walaupun dia cenderung menyokong kerajaan yang memerintah hari ini.

Bagaimanapun dalam laporan ini, Malaysiakini hanya menyoal mengenai kecenderungan mengundi parti pemerintah tetapi tidak bertanyakan secara khusus tentang calon-calon bebas lain dalam pertandingan tujuh penjuru PRK PD.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS