Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Malaysiakini bina laman khas keputusan semasa pemilihan PKR
Diterbitkan:  Oct 9, 2018 7:39 PM
Dikemaskini: 11:14 PM

PEMILIHAN PKR | PKR merupakan satu-satunya parti politik di negara ini yang mengadakan pemilihan pucuk pimpinan selama berminggu-minggu. Pemilihan PKR serupa dengan pilihan raya umum, di mana setiap anggota parti yang sah layak mengundi.

Memandangkan proses pemilihan PKR yang panjang dan agak mengelirukan, Malaysiakini membina laman web khas untuk mengemaskini keputusan semasa pemilihan PKR bagi membantu pembaca kami mengikuti perkembangan semasa pemilihan itu.

Proses pemilihan akan berlangsung selama lapan minggu dari 22 Sept hingga 10 Nov.

Sepanjang tempoh itu, Malaysiakini akan berkongsi kemas kini keputusan semasa.

Laman web khas itu juga akan memaparkan prestasi setiap calon di setiap negeri dan keputusan mingguan mereka sepanjang pemilihan.

Maklumat yang diperoleh adalah dari jawatankuasa pemilihan pusat PKR yang menyiarkan maklumat berkenaan melalui dokumen-dokumen yang berjela.

Malaysiakini kemudian merumuskan dan berkongsi maklumat ini agar pembaca boleh mendapat gambaran jelas pemilihan PKR tanpa perlu meneliti kesemua dokumen tebal yang dikeluarkan PKR.

Berikut adalah contoh paparan laman khas itu. Untuk paparan terbaik, layari laman khas itu di sini.

 

 

Semua parti lain di Malaysia boleh menyelesaikan proses pemilihan dalam sehari kerana jumlah kawasan pengundi mereka yang kecil.

Sebagai contoh, hanya 1,209 perwakilan PAS boleh mengundi dalam pemilihan parti itu pada 2017. Umno pula, mempunyai 146,500 anggota yang layak mengundi dalam pemilihan mereka baru-baru ini.

Sedangkan bagi PKR, mereka mempunyai kira-kira 760,000 anggota setakat 25 Jun, dan kebanyakannya layak mengundi.

Klik imej di bawah untuk melayari laman web khas itu. Pembaca digalakkan berkunjung ke laman web khas ini setiap hujung minggu kerana akan lebih banyak negeri bakal mengadakan pemilihan kepimpinan PKR mereka.

Lihat Komen
ADS