Paling Popular
Terkini
story images
story images

Nurulhidayah Ahmad Zahid yang merupakan anak Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menafikan dakwaan dirinya sedang disiasat oleh Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Nurul yang ditemui ketika meninggalkan ibu pejabat SPRM di Putrajaya melalui pintu kiri lobi berkata kehadirannya adalah untuk menemani ayahnya.

"Tidak, saya datang teman dia (Zahid)," katanya sambil melangkah diiringi beberapa pegawai ke kenderaan yang sedang menunggunya.

Nurul, yang memakai jaket hijau dan tudung hitam meninggalkan premis itu pada 4.50 petang, sementara ayahnya masih disoal siasat.

Nurul dilihat cuba mengelak dari wartawan yang menunggu di lobi, namun beberapa petugas media menyedari anak pengerusi BN itu ketika cuba meninggalkan bangunan berkenaan.

Selain Nurul, adik Zahid, Datuk Seri Mohd Nasaee Ahmad Ahmad Tarmizi juga dilihat hadir di ibu pejabat suruhanjaya berkenaan.

Zahid hadir di ibu pejabat SPRM buat kali ketiga untuk memberi keterangan, dipercayai berhubung dakwaan penyelewengan dana Yayasan Akal Budi.

Julai lalu, Zahid mengunjungi SPRM dua kali, satu untuk membantu siasatan dakwaan derma RM2.6 bilion oleh keluarga diraja Arab Saudi kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, dan satu lagi berhubung Yayasan Akal Budi.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS