Paling Popular
Terkini

Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kembali ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya pagi ini untuk menyambung kenyataannya yang direkod oleh penyiasat.

Dengan berpakaian baju batik hijau, Zahid tiba kira-kira 9.15 pagi dengan menaiki kereta jenis Lexus berwarna putih. Anak perempuannya Nurul Hidayah tiba 10 minit kemudian dengan menaiki kereta lain.

Difahamkan kehadiran Zahid di SPRM hari ini merupakan kesinambungan sesi semalam, yang kali ketiga Zahid dipanggil untuk disoal siasat sejak BN kehilangan kuasa pada bulan Mei.

Ini kali keempat Zahid memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewengan dana membabitkan yayasan milik keluarganya iaitu Yayasan Akal Budi.

Semalam, presiden Umno itu memberi keterangan selama lapan jam kepada SPRM selain dipanggil untuk kali pertama dan kedua pada 2 dan 3 Julai lalu.

Turut hadir untuk memberi keterangan berhubung kes sama hari ini ialah anaknya, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid yang tiba secara berasingan pada jam 9.22 pagi.

Sebelum ini, Zahid merangkap Ahli Parlimen Bagan Datuk melalui akaun laman twitter memaklumkan beliau akan memberikan kerjasama sepenuhnya SPRM bagi membantu siasatan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS