GLOBAL l Tiga wartawan kanan di akhbar swasta terbesar Myanmar ditahan pada hari Rabu, atas dakwaan menyebabkan "ketakutan" ekoran satu aduan dari kerajaan tempatan Yangon.

Seorang dariadanya, Ketua Pengarang Eleven Media Group, Kyaw Zaw Linn, sebelum ini memberitahu Reuters bahawa polis menyerbu pejabat media itu pada kira-kira jam 7 malam hari Selasa, tetapi dia dan dua lagi wartawan yang dicari pihak bekuasa tidak ada di situ.

"Pejabat memberitahu saya bahawa mereka datang kerana satu artikel dalam jurnal itu," katanya, sejurus sebelum memasuki balai polis di perbandaran Tamwe di pusat bandar Tamwe dengan peguam pada pagi Rabu.

Beberapa jam kemudian, tiga wartawan itu dibawa dengan tangan bergari ke mahkamah
perbandaran Tamwe, di mana mereka ditahan reman di penjara Insein, di utara Yangon, sehingga 17 Oktober.

Peguambela Kyi Myint memberitahu pemberita di luar mahkamah bahawa kerajaan tempatan Yangon telah memfailkan aduan berhubung satu artikel oleh ketua pemberita akhbar itu, Phyo Wai Win.

Artikel itu, yang diterbitkan pada hari Isnin, petikan dari penggubal undang-undang setempat, yang menimbulkan persoalan mengenai perbelanjaan awam, termasuk penyelenggaraan kenderaan di hab komersial negara.

Kerajaan tempatan Yangon diketuai oleh Ketua Menteri Phyo Min Thein,  anak didik pemimpin awam Myanmar, Aung San Suu Kyi dan anggota Liga Kebangsaan untuk parti Demokrasi.

Pembantu ketua menteri, Maung Maung Kyi, enggan mengulas tentang aduan yang difail oleh kerajaan tempatan itu, dengan merujuk semua soalan kepada jabatan penerangan yang Reuters tidak dapat hubungi pada hari Rabu. Jurucakap kerajaan pusat Zaw Htay tidak menjawab panggilan untuk mendapatkan komen.

Polis memberitahu staf Eleven Media pada hari Selasa bahawa satu kes telah dibuka terhadap Kyaw Zaw Linn, Phyo Wai Win dan pengarang yang bertanggungjawab Nayi Min di bawah Seksyen 505 kod keseksaan era penjajahan, kata Ko Oo, seorang editor di media itu.

Seksyen 505 (b) melarang penerbitan maklumat yang boleh "menyebabkan ketakutan", yang boleh menyebabkan seseorang melakukan suatu kesalahan, atau mengganggu "ketenteraman awam". Ia membawa hukuman maksimum dua tahun penjara.

Peguam Kyi Myint berkata pembelaan trio itu ialah artikel itu tepat.

"Saya tidak menulis apa-apa yang salah," kata Phyo Wai Win ketika dia masuk ke balai polis. "Saya hanya menulis kebenaran."

Kelab Koresponden Luar Negara Myanmar berkata ia "sangat terkejut dan terganggu" oleh penangkapan ketiga wartawan itu, sementara pengarah Amnesty International, Tirana Hassan menggesa pembebasan segera mereka.

Penyokong kumpulan kebebasan bersuara berkata kebebasan akhbar di Myanmar telah mundur di bawah pimpinan pemenang Nobel Suu Kyi, yang mengambil alih kuasa pada 2016 di bawah perlembagaan yang memelihara peranan tentera dalam politik.

Seramai 38 wartawan telah didakwa di bawah pelbagai undang-undang semsa pentadiran Suu Kyi, kata Kumpulan kebebasan bersuara itu bulan lepas.

Dua wartawan Reuters telah disabitkan bulan lalu melanggar Akta Rahsia Rasmi dan dihukum tujuh tahun penjara, yang telah mengundang kecaman global.

Wa Lone, 32, dan Kyaw Soe Oo, 28, ditahan Disember lalu ketika menyiasat pembunuhan beramai-ramai 10 orang Rohingya Muslim yang berlaku semasa serangan tentera di negeri Rakhine.

Bulan lalu, seorang kolumnis akhbar yang sangat kritikal terhadap Suu Kyi di Facebook dihukum tujuh tahun penjara kerana hasutan.

Ketua eksekutif dan seorang lagi editor Eleven Media telah ditahan selama hampir dua bulan pada akhir tahun 2016 atas dakwaan berkaitan aduan oleh Ketua Menteri Yangon Phyo Min berhubung catatan di Facebook mendakwa berlaku rasuah dalam hubungannya dengan ahli perniagaan tempatan.

Phyo Min Thein memberitahu sidang akhbar pada masa itu bahawa tuduhan itu "dimaksudkan untuk mencemarkan maruah peribadi saya". Eleven Media menerbitkan permohonan maaf.

[Baca berita penuh]

- Reuters