Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images

Pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman, di Bandar Sunggala, Port Dickson menafikan pihaknya melarang calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk ke kuil seperti yang ditularkan di media sosial.

Pengerusi kuil N Balakrishnan turut merakamkan rasa kesal dengan tindakan beberapa pihak yang mencemarkan imej Anwar.

"Kami nak jelaskan bahawa video yang ditularkan bahawa pihak kami melarang Anwar masuk ke kuil kami adalah tidak benar.

“Ini adalah satu tindakan oleh segelintir orang yang cuba mencemarkan nama Anwar Ibrahim," katanya kepada pemberita selepas bermesyuarat dengan pembantu khas Anwar Ibrahim, R Suresh Kumar di perkarangan kuil semalam.

Balakrishnan berkata, apa yang berlaku, ketika Anwar hadir, keadaan sedikit kecoh susulan pertikaian dengan kumpulan yang menurutnya tiada kena mengena dengan Anwar.

"Untuk meredakan keadaan, Anwar beredar dari situ. Tetapi, beliau berjanji akan menghantar wakilnya untuk mendengar masalah kuil kami.

“Dan hari ini (semalam) wakil sudah ada di sini," katanya.

Sementara itu, Suresh berkata beliau ke kuil itu atas arahan Anwar yang mahu tahu berkaitan isu tanah yang dihadapi oleh pihak kuil.

"Malah, Datuk Seri Anwar turut meminta saya untuk menyelesaikan pertikaian antara dua pihak berkenaan program kempen pada hari kejadian," jelasnya lagi.

Suresh berkata pihak kuil meminta beliau menganjurkan satu perjumpaan dengan Anwar selepas PRK Port Dickson yang diadakan pada Sabtu ini.

Untuk rekod, pada 7 Oktober lalu, tular satu klip video yang mendakwa kuil itu melarang Anwar memasukinya. Ia mengundang kemarahan netizen.

Lihat Komen
ADS