Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Bekas presiden Badan Peguam Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan berkata pelantikan hakim tidak patut diletakkan dibawah kawalan parlimen.

Ini kerana pelantikan kehakiman perlu bebas daripada sebarang campur tangan, kata Pengerusi Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (HAKAM).

"Ini bukan cara yang betul. Saya mahu Perdana Menteri (Dr Mahathir Mohamad) mempertimbangkan semula idea tersebut.

"Ahli politik tidak patur terlibat atau campur tangan dalam pelantikan hakim. Parlimen juga perlu dilihat tidak campur tangan dalam pelantikan hakim dalam apa jua keadaan," beliau memberitahu pemberita di luar Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini.

Beliau menegaskan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) perlu diperkukuhkan sebagai badan berperlembagaan dan bukan meletakkan pelantikan hakim di bawah parlimen.

"Ini bukan caranya (dulu) dan ia tidak patut jadi cara sekarang," jelasnya.

Ambiga juga memaklumkan Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi menjadikan JAC sebuah badan berperlembagaan dan beliau yakin parlimen akan melihat hal ini.

"Menjadi kepentingan kerajaan dan pihak pembangkang BN supaya memastikan kehakiman bebas dengan meminda perlembagaan bagi menjadikan JAC sebuah badan berperlembagaan," katanya.

Sebelum ini, Ambiga yang juga bekas anggota Jawatankuasa Reformasi Institusi (IRC) menggesa kerajaan untuk mendedahkan kepada umum syor-syor yang dibuat badan itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS