Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
CEO: Dr M pernah kata Malaysiakini 'menjengkelkan'

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menggambarkan Malaysiakini sebagai 'mengjengkelkan' semasa ucapannya yang dirakamkan pada tahun 2007.

Kini selepas 11 tahun - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysiakini, Premesh Chandran berkata adalah menjadi tugas portal berita itu untuk bertanya soalan-soalan yang sukar, dan akan meneruskan tradisi ini walaupun ia mengembangkan bidang perniagaan lain.

"Malaysiakini dilahirkan kerana ikrar Tun Mahathir untuk tidak menapis internet, jadi ia mewujudkan ruang untuk media bebas seperti Malaysiakini untuk berkembang.

"Tun Mahathir cakap, 'Sepanjang masa saya, Malaysiakini menjengkelkan'. Itu tugas kita - untuk bertanya soalan yang sukar.

"Kami akan terus melakukan tugas kami sebagai Malaysiakini tetapi Malaysiakini kini semakin berkembang dan kami telah menganjurkan acara seperti Sidang Kemuncak Keusahawanan e-dagang, Persidangan Belia dan banyak jenis persidangan dan acara untuk memacu agenda negara ke hadapan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Sidang Kemuncak Keusahawanan e-dagang selama dua hari di Seri Kembangan petang ini.

Awal pagi ini, Premesh juga memberitahu hadirin bahawa portal itu akan menganjurkan acara melalui Events @ Kini dan kelas melalui Akademi Kini yang akan dilancarkan.

Ini seiring dengan perkembangan perkhidmatan TV berita dalam taliannya, KiniTV.

Beliau juga berkata terdapat banyak peluang bagi usahawan e-dagang selepas pilihan raya umum lalu dan Malaysia bersedia menjadi hab serantau untuk e-dagang di Asia.

Ini kerana latar belakang pelbagai kaum, kepercayaan dan bahasa yang akan membantu Malaysia meluaskan pasaran ke seluruh Asia.

Lihat Komen
ADS