Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ada pengundi PD merungut tak lagi dapat bantuan, BR1M
Diterbitkan:  Oct 11, 2018 7:07 PM
Dikemaskini: 11:16 AM

PRK PD | Beberapa pengundi di Port Dickson mengadu bahawa mereka tidak menerima bantuan seperti era pentadbiran kerajaan yang lepas, kata Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) Prof Dr Redzuan Othman.

"Saya ingat Pakatan (Harapan) sedar perkara ini. Malahan kita dapati ada di kalangan pengundi, terutamanya Melayu dan India merungut sebelum ini dapat bantuan BR1M, kebajikan masyarakat sebagainya tetapi sekarang tak dapat," katanya pada taklimat di Port Dickson hari ini.

Berdasarkan kaji selidik terhadap 1,084 pengundi tempatan, tiga isu utama mereka ialah isu cukai (60 peratus), kos sara hidup yang tidak turun (42 peratus) dan rasuah serta salah guna kuasa (23 peratus).

"Mereka juga mengadu walaupun GST tak ada tapi harga barang masih tinggi," katanya.

Pakatan Harapan (HARAPAN) dilihat mempunyai banyak kelebihan dengan kira-kira 74 peratus pengundi menyatakan mereka akan menyokong parti kerajaan.

Anwar juga merupakan ketua umum HARAPAN.

Mengenai isu tempatan, Redzuan berkata kebimbangan utama pengundi Port Dickson adalah jalan berlubang (26 peratus), pengurusan sisa (25 peratus) dan longkang tersumbat (20 peratus).

Mengenai isu sosial pula, beliau berkata pengundi tempatan paling bimbang mengenai kes kecurian (33 peratus) diikuti dengan kes dadah (23 peratus) dan kewujudan golongan mat rempit (23 peratus).

Tinjauan ini dijalankan semasa tempoh pilihan raya kecil Port Dickson. Hari mengundi dijadual pada Sabtu ini.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat lebih menonjol akan menghadapi calon PAS Mohd Nazari Mokhtar dan bekas Menteri Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Samad yang bertanding sebagai calon bebas.

Empat lagi calon bebas ialah Mohd Saiful Bukhari Azlan, Stevie Chan Keng Leong, Kan Chee Yuen dan Lau Seck Yan.

Lihat Komen
ADS