Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Wanita terpa kenderaan polis dikenal pasti warga Vietnam
Diterbitkan:  Oct 12, 2018 7:01 AM
Dikemaskini: Oct 12, 2018 3:44 AM

Wanita yang menerpa kenderaan polis trafik di lampu isyarat berhampiran Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Sri Damansara pagi tadi dikenal pasti sebagai warga negara Vietnam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 33 tahun itu telah berkahwin dengan lelaki tempatan, mempunyai seorang anak lelaki berusia empat tahun dan sedang hamil 14 minggu.

Pemeriksaan lanjut turut mendapati terdapat kecederaan iaitu kesan lebam baru dan lama di bahagian badan wanita berkenaan.

“Wanita itu tidak menjawab soalan pegawai penyiasat polis," katanya dalam satu kenyataan.

Menurunya, bantuan jurubahasa dari Kedutaan Vietnam di Kuala Lumpur akan diperolehi hari ini.

Terdahulu, dilaporkan empat anggota polis trafik yang sedang melakukan rondaan terkejut apabila seorang wanita secara tiba-tiba menerpa kenderaan yang mereka naiki untuk meminta tolong di lampu isyarat berhampiran Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Sri Damansara pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 10.15 pagi itu, wanita berkenaan yang disyaki didera bertindak keluar dari sebuah teksi yang sedang berhenti di lampu isyarat berkenaan lalu berlari ke arah kenderaan polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya yang melalui arah sama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan, katanya.

- Bernama
 

Lihat Komen
ADS