Paling Popular
Terkini

Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadapi ujian pertama untuk kembali ke arena politik negara esok, dalam pilihan raya kecil yang akan membuka jalan untuknya menjadi perdana menteri, seperti yang dijanjikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anwar, yang dijangka menang, memerlukan mandat yang kuat dalam pilihan raya kecil di Port Dickson untuk menyangkal kritikan bahawa dia dilihat tergesa-gesa untuk menggantikan Dr Mahathir yang berusia 93 tahun, hanya lima bulan selepas dibebaskan dari penjara.

"Margin yang besar akan memberi tanggapan satu penabalan, sesuatu yang Anwar tunggukan selama 20 tahun," kata Adib Zalkapli, seorang penganalisis dengan firma perundingan risiko politik Vriens & Partners.

"Jika dia menang dengan margin kecil, dia dilihat sebagai hanya menumpang populariti Mahathir, tanpa memenangi sokongan baru kepada gabungan itu."

Mahathir mengetuai gabungan Pakatan Harapan dengan mencapai kemenangan mengejutkan pada pilihan raya umum pada Mei lalu, menyingkirkan bekas Perdana Menteri Najib Razak dan menamatkan pemerintahan 61 tahun gabungan BN.

Kempen mereka memfokuskan terhadap rasuah yang dicetuskan oleh skandal 1MDB, yang mana Najib dan isterinya kini berdepan dengan siasatan.

Anwar tidak boleh bertanding kerana beliau berada dalam penjara atas sabitan tuduhan liwat pada tahun 2015, tetapi kerjasamanya dengan Mahathir menjadi kunci kepada kemenangan pilihan raya itu, dan selepas itu Mahathir memperoleh pengampunan diraja untuk Anwar.

Pasangan itu bermusuhan selama dua dekad lalu yang tercetus apabila Mahathir semasa menjadi perdana menteri, menyingkirkan Anwar sebagai timbalannya pada 1998. Setahun kemudian Anwar disabitkan terhadap tuduhan rasuah dan liwat.

Anwar dan para penyokongnya mendakwa semua tuduhan itu adalah rekaan untuk menamatkan kerjaya politiknya.

74 peratus responden kaji selidik masih akan mengundi Anwar - satu tinjauan pendapat oleh Institut Darul Ehsan, sebuah badan pemikir yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Selangor, yang diperintah oleh parti gabungan HARAPAN.

Anwar bekerja keras berkempen dalam pilihanraya kecil itu dengan disokong oleh pemimpin gabungan parti pemerintah.

Malah, Mahathir membuat penampilan, berkongsi pentas dengan Anwar untuk pertama kali selepas 20 tahun di satu perhimpunan mega pada hari Isnin.

Mahathir adalah tokok yang terbaik untuk menerajui negara dalam 'situasi semasa', Anwar memberitahu perhimpunan itu, sebagai respons kepada pengkritik yang mempersoalkan cita-citanya.

"Saya mengatakan ini dengan segala kerendahan hati. Saya kenal dia, suka dia sebagai bapa dan pemimpin," kata Anwar sambil menambah beliau pernah menentang Mahathir dan kini menerimanya sebagai orang terbaik untuk memimpin Malaysia.

[Baca berita penuh]

- Reuters

Lihat Komen
ADS