Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS tak puas hati isu 'derma' dibangkitkan kembali

PAS tidak berpuas hati dengan tindakan pemimpin Pakatan Harapan membangkitkan isu dakwaan penyaluran wang kepada parti itu oleh pihak yang dikaitkan dengan Umno.

Tambahan lagi, ia dibuat beberapa hari sebelum hari mengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson, esok.

Naib Presiden PAS Idris Ahmad bagaimanapun berkata HARAPAN boleh menyiasat perkara itu kerana telah menguasai kerajaan.

“Dua, tiga hari sebelum pilihan raya dibangkitkan pula isu berkenaan dengan RM2.5 juta derma kepada PAS.

“Tapi kita nak beritahu, awak sekarang ada kuasa.

“AG sekarang bawah awak, polis bawah awak, gabenor Bank Negara bawah awak, SPRM bawah awak dan semua, segala bidang kuasa bawah awak, awak boleh siasat,” katanya.

Idris berkata demikian dalam sidang akhbar di markas induk PAS bagi PRK parlimen itu di Port Dickson hari ini.

Lihat Komen
ADS