Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Umno: Itu susun fail, bukan pejabat kena geledah
Diterbitkan:  Oct 12, 2018 1:29 PM
Dikemaskini: 5:31 AM

Umno menafikan dakwaan ibu pejabatnya di Kuala Lumpur diselongkar serentak pagi ini oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Setiausaha Kerja Umno Datuk Mohd Sumali Reduan sebaliknya berkata, gambar-gambar yang tular itu sebenarnya menunjukkan kerja-kerja penyusunan dan kemas kini fail-fail pentadbiran, lapor Umno Online.

“Berita yang mengatakan ibu pejabat Umno digeledah adalah tidak benar kerana gambar-gambar yang tular adalah kakitangan Umno sendiri yang sedang melakukan kemas kini dan tugasan harian dalam proses penyusunan semula dokumen,” katanya.

Sementara itu, dalam dalam itu, Sumali juga dilaporkan berkata Umno sentiasa memberikan kerjasama kepada mana-mana pihak dalam apa-apa juga keadaan.

Lihat Komen
ADS