Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Loke nafi buat kenyataan dipengaruhi 'perisik Russia'
Diterbitkan:  Oct 13, 2018 1:40 PM
Dikemaskini: 5:43 AM

Menteri Pengangkutan Anthony Loke menafikan sekeras-kerasnya spekulasi yang mendakwa pegawai perisikan Russia mencerobohi maklumat sensitif negara ekoran dapatan mengenai nahas pesawat udara MH17.

Kata Loke beliau tidak pernah berhubung dengan pegawai Russia berhubung insiden malang yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal Malaysia Airlines pada 2014 itu.

"saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan liar terhadap kami," katanya kepada stesen ABC melalui mesej teks.

Menurut Loke kenyataan beliau yang dibuat sebelum ini hanya berdasarkan kepada nasihat yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar.

Pada Mei lalu pasukan penyiasat bersama mengumumkan misil yang menyebabkan kapal terbang MH17 itu meletup dan terhempas di Ukraine adalah milik Russian.

Peluru berpandu yang digunakan itu dikatakan milik Briged Misil Antipesawat Udara ke-53 Russia.

Bagaimanapun Loke kemudian berkata "tiada bukti konklusif untuk menuding kepada Russia".

Anggota parlimen Seremban itu menambah Malaysia juga perlu mempertimbangkan hubbungan diplomatik di antara kedua-dua negara.

Berdasarkan laporan ABC kenyataan Loke itu menarik perhatian penyiasat laman sesawang Bellingcat yang berpanglaman di London, Christo Grozev.

Untuk rekod Bellingcat diasaskan oleh warga British, Eliot Higgins, dan giat membuat pendedahan pelbagai kes melibatkan penjenayah dan zon perang.

Bercakap kepada ABC, Grovez menggambarkan pendirian Loke sebagai "percanggahan yang mengejutkan" dan mendakwa Malaysia satu-satunya negara yang "tidak mengesahkan sepenuhnya" dapatan daripada pasukan penyiasat tersebut.

Kata Grovez "hipotesis" pasukannya ialah keseluruhan kontinjen Malaysia - atau seorang anggotanya - sudah dikompromi perisik Russia.

"saya percaya mereka sudah melakukannya di Malaysia, (perisik terbabit) mencari maklumat yang mencemarkan data - yang mereka panggil kompromat - di kalangan ahli politik, ahli pasukan penyiasatan.

"Kemudian mereka cuba menggunakannya untuk memaksa seorang anggota pasukan terbabit untuk menyimpang daripada dasar bersama yang mengenai lakukan," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS