Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
K'jaan Perlis tak mampu serap k'tangan JASA
Diterbitkan:  Oct 13, 2018 2:16 PM
Dikemaskini: 6:18 AM

Kerajaan Perlis tidak mempunyai sumber kewangan untuk menyerap kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) negeri ini ke dalam agensi-agensi negeri setelah jabatan itu dibubarkan, kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Beliau berkata dengan sumber kewangan terhad, kerajaan negeri perlu utamakan perkara lebih penting untuk rakyat.

“Saya difahamkan perkhidmatan JASA ini berakhir pada 15 Okt ini. Kita (kerajaan negeri Perlis) tidak mampu dari segi kewangan untuk menyerapkan mereka seperti dilakukan oleh Kerajaan Pahang yang akan menyerap 47 kakitangan JASA apabila perkhidmatan mereka ditamatkan,” katanya kepada pemberita semasa ditemui pada program Hari Sukan Negara (HSN) peringkat negeri hari ini.

Pada Mei lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meng­umumkan pembubaran Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), JASA, Majlis Profesor Negara (MPN) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di seluruh negara.

- Bernama
 
Lihat Komen
ADS