Berita Malaysiakini

Malaysiakini bawa debaran Port Dickson secara langsung

Diterbitkan  |  Dikemaskini

PRK PD | Malaysiakini membawakan kepada anda laporan secara langsung keputusan pilihan raya kecil yang berlangsung hari ini di sini.

PRK ini diadakan ekoran peletakan jawatan penyandang Datuk Danyal Balagopal Abdullah untuk membuka laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke parlimen.

Seramai tujuh calon bersaing untuk merebut kerusi parlimen ini dan sebahagian daripadanya ialah nama yang dikenali ramai.

Selain Anwar calon yang bertanding ialah bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad dan bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Tidak ketinggalan ialah calon PAS, Mohd Nazari Mokhtar.

Pada PRU ke-14 lalu Danyal memenangi kerusi Port Dickson dengan kelebihan 17,710 undi - atau 59 peratus - daripada keseluruhan pemilih berdaftar.

Baca laporan langsung Malaysiakini di sini.