Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anwar: Dr M sangat bangga dengan kemenangan saya di PD

PRK PD | Anggota Parlimen Port Dickson yang baru dipilih Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sudah memaklumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tentang kemenangannya hari ini.

Jelas Anwar, pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu "sangat bangga" dengan keputusan pilihan raya kecil (PRK) berkenaan.

"Saya baru hubungi Dr Mahathir untuk memaklumkan beliau dan beliau sangat bangga dengan keputusan ini," kata Anwar kepada pemberita di pusat operasi HARAPAN.

Anwar berkata demikian selepas pulang dari pusat penjumlahan undi SPR di mana beliau beliau diumumkan menang dengan 23,560 majoriti undi.

Anwar turut mengucapkan terima kasih kepada Dr Mahathir dan pemimpin HARAPAN yang menyokong pencalonannya di Port Dickson.

Dr Mahathir pada Isnin lalu hadir di Port Dickson berkempen untuk Anwar dalam sebuah ceramah HARAPAN.

Anwar turut sempat mengucapkan terima kasih kepada Presiden Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut hadir membantu kempennya.

"Saya perlu sebutkan secara spesifik pada Muhyiddin yang bersusah payah datang dan berkempen meskipun dengan masalah kesihatannya," katanya.

Kemenangannya dalam PRK ini, kata Anwar, merupakan penanda aras penting kepada kerajaan HARAPAN kerana ia mengesahkan sekali lagi keyakinan rakyat kepada gabungan itu.

Anwar dijangka mengangkat sumpah pada Isnin ketika sebelum sesi parlimen yang terakhir bagi tahun ini bermula.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS