Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
SPRM tahan inspektor polis kes rasuah kedai nombor ekor haram
Diterbitkan:  Oct 13, 2018 11:20 PM
Dikemaskini: 3:29 PM

Seorang inspektor polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes meminta dan menerima suapan sebanyak RM40,000 daripada pemilik kedai nombor ekor haram, semalam.

Inspektor wanita yang berusia 38 tahun tersebut telah ditahan pada pukul 11.42 malam di ibu pejabat SPRM Putrajaya selepas hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, suspek disyaki bersubahat dengan seorang pegawai kanan di Sarawak berpangkat Deputi Superintenden (DSP).

Siasatan mendapati, DSP tersebut telah meminta pemilik kedai nombor ekor haram memasukan wang ke dalan akaun suspek sebelum suspek memasukan kembali wang tersebut ke dalam akaun milik DSP tersebut.

Suspek yang bertugas di Selangor telah dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, hari ini.

Jumaat lalu, seorang ketua polis daerah direman selama empat hari meminta dan menerima suapan sebanyak RM15,000 daripada pemilik kedai nombor ekor haram.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Lihat Komen
ADS