Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kemenangan Anwar bukti rakyat yakini HARAPAN
Diterbitkan:  Oct 14, 2018 11:44 AM
Dikemaskini: 3:46 AM

Kemenangan calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil Port Dickson membuktikan rakyat meletakkan harapan yang tinggi kepada gabungan itu terus menerajui negara, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Katanya hasrat itu dikuatkan lagi dengan jumlah majoriti yang meningkat di sebalik kemerosotan peratusan keluar mengundi.

"Ini merupakan satu kejayaan kepada HARAPAN dan kerajaan negeri akan sentiasa menjalin kerjasama di peringkat pusat selain mengukuhkan lagi hala tuju pembentukan negara baru," katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam Pertubuhan Arkitek Malaysia Sabah Chapter ke-43 di Kota Kinabalu malam tadi.

Mohd Shafie turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Ketua Umum PKR itu.

Anwar yang memperoleh majoriti 23,560 undi mengatasi enam calon lain dijangka mengangkat sumpah sebagai anggota parlimen pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula esok.

- Bernama

Lihat Komen
ADS