Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bapa dituduh liwat anak perempuan mohon dibicara semula
Diterbitkan:  Oct 14, 2018 12:39 PM
Dikemaskini: 4:43 AM

Walaupun hukumannya sudah dikurangnya menjadi 40 tahun penjara dan 24 sebatan, seorang ejen unit amanah yang mengaku salah atas kesalahan serangan seksual ke atas anaknya membuat permohonan supaya dibicarakan semula.

Peguam lelaki terbabit, Rajesh Nagarajan, berkata satu permohonan akan dikemukakan di Mahkamah Rayuan tidak lama lagi.

Katanya tertuduh kini medakwa dia mengaku salah semasa dibicarakan sebelum ini selepas dikasari pegawai penjara.

"Tambahan pula jika kita lihat kepada tuduhan yang dikenakan, ia adalah untuk kesalahan melibatkan pelbagai Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahanan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

"Sudah tentu dia akan keliru sama seperti kebanyakan peguam," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Menurut Rajesh tertuduh itu juga tidak diwakili semasa hukuman ke atasnya dijatuhkan di mahkamah sesyen.

Bagaimanapun Rajesh mengakui lelaki terbabit - disabitkan dengan 623 kesalahan seksual pada anak perempuannya yang berusia 15 tahun - tidak membuat laporan polis berhubung serangan yang didakwa berlaku ke atasnya.

Dalam kes-kes jenayah notis rayuan mesti difailkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh hukuman dibacakan.

Ia adalah peluang terakhir buat tertuduh untuk merayu.

Tertuduh yang juga bapa tunggal dengan tiga anak awalnya meminta dibicarakan semasa semua tuduhan tersebut - yang mengambil masa dua hari untuk dibacakan - didengar di Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-kanak di Putrajaya tahun lalu.

Sebulan kemudian dia bagaimanapun mengaku salah atas tuduhan tersebut yang turut melibatkan jenayah liwat, rogol dan penderaan seksual selama dua tahun.

Lelaki itu kemudian dihukum penjara 48 tahun dan 24 sebatan rotan.

Selepas merayu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengurangkan hukuman tersebut menjadi 40 tahun penjara tetapi jumlah sebatan dikekalkan.

Hakim Azman Abdullah mengurangkan hukuman penjara bagi sumbang mahram kepada 24 tahun berbanding 28 tahun, liwat (dari 20 tahun kepada 16 tahun), pencabulan seksual (dari 20 tahun kepada 10 tahun) dan gangguan seksual (dari 15 tahun kepada 10 tahun).

Hakim mengarahkan pelaksanaan penjara bagi liwat, pencabulan seksual dan gangguan seksual berjalan serentak namun hukuman bagi sumbang mahram diasingkan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS