Paling Popular
Terkini

Mangsa banjir kilat di Baling bertambah kepada 123 berbanding 49 mangsa yang ditempatkan di empat Pusat Pemindahan (PP) di Mukim Pulai dan Bongor setakat 5 petang ini.

Pegawai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah, Mejar (PA) Imran Azemi berkata, ia membabitkan 35 keluarga berbanding 14 keluarga yang dilaporkan pagi tadi.

"Kita buka sebuah lagi PP di Kompleks Belia dan Sukan Baling pada 10 pagi tadi yang menempatkan 71 mangsa daripada 20 keluarga apabila air mulai menenggelamkan rumah penduduk," katanya dalam kenyataan di Alor Setar, hari ini.

Katanya, seramai 23 mangsa daripada lima keluarga ditempatkan di PP Dewan Komuniti Kampung Banggol Derom , PP Dewan Orang Ramai Batu 48, dengan 22 mangsa (tujuh keluarga) dan PP Surau Kampung Lahar dengan tujuh mangsa (tiga keluarga).

Pihaknya kini memantau situasi semasa banjir dan akan memindahkan mangsa yang terjejas jika membahayakan keselamatan penduduk.

- Bernama

Lihat Komen
ADS