Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Syed Saddiq padam gambar dalam tab mandi
Diterbitkan:  Oct 15, 2018 12:33 PM
Dikemaskini: 4:41 AM

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memadamkan gambarnya sedang mandi ais di Internet selepas dikecam warga maya.

Pengikut Twitter beliau menganggap tindakan berkongsi gambar tidak berbaju itu sebagai tidak wajar, tambahan lagi kedudukannya sebagai menteri.

"Macam ini ke contoh kepada golongan muda?

“Macam ini ke pemimpin yang rakyat Malaysia mahukan? Aku rasa tak perlu kot nak tunjuk gambar macam ni kat laman sosial," @thekings_vii dilaporkan berkata.

Gambar itu dikongsi beliau semalam dengan kapsyen “Lepas score (jaringkan) golden goal (gol emas), terus kena rendam dalam ais.

"Good game (Permainan yang bagus). @dugongallstars. #HariSukanNegara.”

Mandi ais biasanya digunakan untuk mempercepatkan pemulihan akibat kecederaan bersukan.

Lihat Komen
ADS