Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Kenyataan Tony Pua berkaitan PNB bukan pendirian kerajaan'

Kenyataan setiausaha politik menteri kewangan Tony Pua berkaitan penjualan aset Permodalan Nasional Berhad (PNB) bukan pendirian rasmi kerajaan, kata Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohd Radzi Md Jidin.

“Saya ambil maklum kenyataan (anggota parlimen) Damansara tapi itu pendirian beliau dan bukan pendirian rasmi kerajaan.

"Kerajaan sedang melihat penjualan aset kalau diperlukan. Tidak guna buat spekulasi berdasarkan kenyataan setiausaha politik menteri kewangan.

“Kita tunggu kenyataan kerajaan,” katanya dalam Dewan Rakyat di ibu negara hari ini.

Minggu lalu, Pua berkata PNB dan Khazanah telah disemak semula dan terdapat rancangan mencairkan “aset-aset tidak strategik” sebagai sebahagian daripada rancangan kerajaan mengurangkan hutang negara.

Beliau bagaimanapun semalam membetulkan kenyataan itu dengan berkata PNB tidak akan terjejas kerana dana dan pelaburannya dimiliki pemegang saham, bukan kerajaan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS