Sokongan terhadap calon presiden Brazil, Bolsonaro meningkat - tinjauan
Diterbitkan: Oct 16, 2018 1:32 PM | Dikemas kini: Oct 16, 2018 1:37 PM
Tinjauan mendapati sokongan terhadap calon presiden berhaluan kanan Brazil, Jair Bolsonaro mengatasi pencabarnya, menjelang pusingan kedua pilihan raya pada 28 Oktober.
Hasil tinjauan Institut Pendapat Awam dan Statistik (Ibope) Brazil mendedahkan 59 peratus pengundi menyokong Bolsonaro, lebih 18 mata berbanding pencabarnya Fernando Haddad.
Seramai 2,506 pengundi di 176 bandar terbabit dalam tinjauan yang dijalankan sepanjang minggu lepas.
Pada pusingan pertama pilihan raya 7 Oktober lepas, Bolsonaro mengumpul 46 peratus mendahului 13 calon lain, diikuti Haddad dengan 29 peratus.
– Bernama-Nnn-Xinhua

