Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Kami akan buktikan wang tunai RM116.7 juta milik Umno di mahkamah'

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Umno hanya akan menunjukkan bukti bahawa wang berjumlah RM116.7 juta yang dirampas di hartanah berkaitan Datuk Seri Najib Razak adalah milik parti itu, di mahkamah.

Presiden Umno itu berkata demikian ketika ditanya sama ada parti itu mempunyai bukti bahawa wang tersebut benar-benar milik mereka.

"Kami akan tunjuk (bukti) di mahkamah apabila tiba masanya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Zahid juga ditanya tentang kenyataan polis bahawa Umno tiada locus standi untuk menuntut wang itu.

"Kita menghormati pandangan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Tetapi kita telah memulakan tindakan undang-undang untuk menuntut wang yang dirampas.

"Kita akan mengikuti proses undang-undang dan mahkamah akan membuat keputusan," katanya lagi.

Polis mengadakan serbuan di beberapa kediaman berkaitan Najib pada Mei lalu. Polis kemudian mendedahkan telah merampas lebih 10,000 barangan kemas dan berharga seperti beg tangan, serta wang tunai.

Polis menyatakan nilai rampasan adalah RM686.37 juta tetapi boleh mencecah antara RM910 juta hingga RM1.1 bilion mengikut nilai pasaran semasa.

Umno bagaimanapun hanya menuntut sebahagian daripada wang tunai itu, iaitu berjumlah RM116.7 juta merangkumi 26 mata wang.

Lihat Komen
ADS