Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

PARLIMEN | Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menambah baik kuailiti sekolah sukan supaya pelajarnya mendapat tempat yang lebih baik.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan bagi tujuan itu.

“Kita kana buat perbincangan mengenai sekolah sukan dengan kementerian pendidikan, untuk menilai perhalusi dan penambahbaikan yang kita boleh lakukan.

“Kita memang nak kembangkan sekolah sukan dan disekolah itu sendiri tu mesti baik kerana banyak bakat diasah supaya mereka dapat mewakili negara pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen, hari ini.

Syed Saddiq berkata demikian mengulas laporan Berita Harian bahawa terdapat pelajar sekolah sukan “ke laut” susulan tidak berjaya dalam bidang diceburi selepas terlampau leka dalam mengejar impian untuk bergelar pemain kebangsaan.

Ada antara mereka yang akhirnya menjadi nelayan, juruwang, operator kilang, pemandu lori dan badan beruniform.

Menurut laporan itu lagi, meski ada antara mereka yang mencapai kejayaan untuk bergelar jurulatih, guru dan peguam selain mewakili negara, tetapi jumlah mereka yang gagal sebenarnya lebih besar.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata dengan wujudnya berita seperti itu akan memberi tanggapan negatif kepada ibu bapa akhirnya tidak mahu menghantar anak ke sekolah sukan.

“Komitemen kerajaan bahawa sekolah sukan perlu ada sistem akademik setara dengan prestasi tinggi sukan, jadi sekolah sukan kena jadi premier pendidikan dan pendidikan sukan,” katanya.

Lihat Komen
ADS