Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Protes gaji minimum depan parlimen, menteri keluar bincang

Penggiat pelbagai NGO hari ini berkumpul di depan pagar mahkamah bagi membantah kenaikan kecil kadar gaji minimum sebanyak RM50.

“Habis mengundi, mereka lupa kita,” laung seorang wanita.

Protes anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) itu mendesak kerajaan mengkaji semula penyeragaman gaji minimum sebanyak RM1,050 sebulan, yang akan berkuat kuasa bermula Januari tahun depan.

MTUC sebelum ini berkata jumlah itu tidak realistik dengan mengambil kira kos sara hidup semasa.

Berdepan bantahan itu, Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran keluar dari bangunan parlimen dan bertemu kira-kira 20 orang wakil mereka bagi membincangkan perkara itu.
 

Lihat Komen
ADS