Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Menteri: Tiada rancangan Grab ganti bas perantara

Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menggantikan bas perantara dengan perkhidmatan Grab untuk mengangkut pengguna MRT.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke, berkata kenyataan setiausaha politik menteri kewangan, Tony Pua untuk berbuat demikian adalah hanya cadangannya.

"Kami tidak akan membatalkan sebarang perkhidmatan bas pengantara. Itu hanya cadangan Tony.

"Bagi saya, ia hanya pada peringkat cadangan. Di pihak kementerian, kami tidak mempunyai rancangan untuk membatlkan sistem bas pengantara.

"Kami mahu mengintegrasikannya dengan sistem bas lain dan berharap dapat melancarkan pas bulanan tidak lama lagi. Dengan itu semua perkhidmatan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang dapat saling melengkapi satu sama lain," kata Loke kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS