Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Wee: MCA perlu putuskan kekal atau tinggal BN pada perhimpunan agung

Calon presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong berkata parti mereka perlu membincangkan pendirian tentang BN dalam perhimpunan agung akan datang.

"Sebagai parti pengasas BN, MCA mempunyai hak untuk tidak meneruskan gabungan itu.

"Bagaimanapun, parti pengasas asal BN menurut kehendak majoriti maka sebatang keputusan untuk meninggalkan BN perlu dibuat secara konsensus dengan kehendak parti dan kita juga perlu mempertimbangkan kemahuan rakyat yang dinyatakan melalui kepimpinan parti dan perwakilan pusat.

"Justeru, isu itu paling tepat dibawa ketika perhimpunan agung MCA seterusnya, bagi membincangkan secara terbuka pendekatan terbaik dan memutuskan konsensus," katanya dalam manifesto yang dilancarkan di Wisma MCA di Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini, seorang lagi calon presiden MCA Gan Ping Sieu mencadangkan agar referandum diadakan bagi menentukan sama ada parti itu perlu kekal dalam BN.

Gan berkata MCA perlu meninggalkan BN susulan hubungan Umno dan PAS yang dilihat semakin rapat, namun menambah bahawa keputusan berhubung perkara itu perlu dicapai melalui proses demokratik.

Sementara itu, Wee berkata manifestonya yang bertajuk Kebangkitan MCA, MCA Era Baru merupakan "formula kejayaan" bagi parti itu kerana ia ditulis selepas mendapat maklum balas daripada anggota parti seluruh negara.

"Sejak sebulan lalu, saya ke utara dan selatan tanah air, ke timur dan barat, malah ke Sabah, untuk mengumpul pendapat anggota parti dan mendraf formula kejayaan khas untuk kita," katanya.

Meskipun Wee dalam manifestonya menyebutkan MCA perlu menjadi lebih sederhana dan inklusif, dia juga berkata tiada keperluan untuk tergesa-gesa membuka keanggotaan parti kepada kaum lain.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS