Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Guan Eng: Belanjawan tuntut pengorbanan tak bererti penjimatan

Kenyataan bahawa belanjawan tahun hadapan akan menuntut 'pengorbanan' tidak bermaksud Belanjawan 2019 akan berdasarkan penjimatan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

"Saya tidak kata (Belanjawan 2019) belanjawan penjimatan. Itu dikatakan oleh perdana menteri dalam konteks kerajaan sanggup mengorbankan kutipan cukai kita.

"Saya harap rakyat juga akan mempunyai semangat seperti itu. Kita hilang RM23 bilion (dengan menukar GST kepada SST) dan sudah tentu, rakyat akan melihat bagaimana kita mahu mendapatkan kekurangan (dari kutipan cukai SST) itu.

"Namun kesejahteraan rakyat, terutamanya golongan B40, paling diutamakan. Kita perlu berkorban dan tidak hanya mahu memenuhi sasaran defisit fiskal kerana kita mahu mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang lestari agar kesejahteraan rakyat tidak terjejas," kata Lim kepada pemberita ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.

Menteri kewangan itu pada Selasa lalu mengulangi kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan berkata bahawa belanjawan tahun hadapan akan "menuntut pengorbanan".

Pada hari sama, Dr Mahathir mengumumkan tiada cukai baru akan diperkenalkan bagi menangani hutang negara.
Keesokan harinya, pasaran saham turun pada titik paling rendah sejak Julai lalu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS