Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Mahdzir: Mesyuarat MT Umno bincang kedudukan Zahid

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno akan membincangkan kedudukan presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi susulan dakwaan bekas timbalan perdana menteri itu terlibat dalam kes penyelewengan dana sebuah yayasan.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata beliau mendapat maklumat berhubung desas-desus Ahmad Zahid yang merupakan anggota Parlimen Bagan Datuk akan didakwa menerusi laporan di media sosial namun tidak dapat mengesahkan lagi kebenarannya.

“Saya ada baca mengenainya tapi masih belum pasti lagi. Kita akan panggil mesyuarat MT Umno dan akan buat keputusan di sana (pada mesyuarat itu) kita tunggu dan lihat, jika ada pengesahan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ahmad Zahid,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Sementara itu, Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang turut senada dengan Mahdzir berkata keputusan mengenai kedudukan Ahmad Zahid wajar ditentukan menerusi mesyuarat MT Umno.

“MT Umno wajar timbang segala perkara yang berbangkit dari tindakan SPRM yang dikatakan kemungkinan akan mendakwa Ahmad Zahid.

“Sebagai seorang ahli parti saya merasakan tidak begitu layak untuk komen lanjut. Kita tengok apa seterusnya yang akan berlaku, tetapi saya percaya perkara ini tidak akan mencacatkan kedudukan Umno,” katanya.

Media hari ini melaporkan Ahmad Zahid diminta hadir esok di SPRM Putrajaya untuk diambil keterangan – buat kali keenam berhubung siasatan kes seleweng dana sebuah yayasan.

Menurut sumber SPRM, Ahmad Zahid yang juga bekas Menteri Dalam Negeri, diminta hadir di bangunan SPRM itu pada 3 petang.

SPRM kini menjalankan siasatan terhadap dana Yayasan Akal Budi milik keluarga Ahmad Zahid, yang juga pengerusi yayasan itu, yang ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti amal.

- Bernama

Lihat Komen
ADS